Webinar “Perancangan Persaraan Dalam Kalangan Penjawat Awam: Bersediakah Mereka?”, 30 Jun 2020, 10.30am-12.30pm

Webinar “Perancangan Persaraan Dalam Kalangan Penjawat Awam: Bersediakah Mereka?”

Tarikh              :           30 Jun 2020 (Selasa)

Masa                :           10.30am hingga 12.30pm

Pelantar Rasmi:           ZOOM Webinar

Umum mengetahui, penjawat awam, pada asasnya layak menerima pencen bulanan dan bayaran gratuiti sekali gus apabila mereka telah mencapai usia persaraan. Namun, adakah penjawat awam bersedia menghadapi kehidupan setelah persaraan nanti?

Sertai Ahli Panel dan Para Penyelidik dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), yang akan mengupas dan membincangkan realiti yang diperolehi dari hasil kajian yang telah dijalankan. Antara perkara menarik yang akan dikongsikan adalah:

  • Tahap perancangan persaraan oleh Penjawat Awam dalam mempersiapkan diri menghadapi kehidupan setelah persaraan
  • Anggaran peratusan Penjawat Awam yang merancang untuk kembali semula bekerja selepas bersara
  • Analisis jangkaan tahap kestabilan kewangan bagi Penjawat Awam dalam tempoh persaraan
  • Tahap kesedaran literasi kewangan dan ketersediaan Penjawat Awam untuk mengharungi kehidupan setelah persaraan
  • Mekanisme dalam memperkasakan perlindungan dan kesejahteraan sosial Penjawat Awam

Semua Penjawat Awam adalah dialu-alukan untuk menyertai Webinar ini. Daftarlah hari ini melalui pautan rasmi ZOOM yang dikelolakan oleh pihak SWRC seperti berikut: https://zoom.us/webinar/register/WN_P_U5z0RCTgK9wDCT8DJ3hg

Terima kasih.

https://zoom.us/webinar/register/WN_P_U5z0RCTgK9wDCT8DJ3hg

 

 

 

 

Copyright © Universiti Malaya Kuala Lumpur. All Rights Reserved.