Majlis Graduasi Certified Disability Management Professional (CDMP) 2021 – 16 Disember 2021

 

Majlis graduasi Certified Disability Management Professional (CDMP) 2021 yang berlangsung pada 16 Disember 2021 di Hotel Dorsett, Putrajaya bertujuan untuk meraikan 105 orang calon yang telah lulus dalam peperiksaan pensijilan CDMP yang telah diadakan sebanyak dua kali pada bulan Januari dan April 2021. SWRC merupakan Agensi Peperiksaan yang telah dilantik oleh PERKESO dengan konsultasi National Institute for Disability Management and Research (NIDMAR) di Vancouver, Canada sejak tahun 2016 untuk mengendalikan peperiksaan Certified Disability Management Profesional (CDMP) dan Certified Return to Work Coordinator (CRTWC) dan SWRC adalah satu-satunya Agensi Peperiksaan CDMP/CRTWC yang diiktiraf oleh NIDMAR dalam kalangan negara ASEAN.

Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri M. Saravanan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa), YB Tuan A. Maniam, Pengerusi Lembaga PERKESO, YBhg. Profesor Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa Hj. Abdullah, Ketua Eksekutif PERKESO, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed dan Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), YBhg. Profesor Emeritus Datuk Norma Mansor.

 

Copyright © Universiti Malaya Kuala Lumpur. All Rights Reserved.