Mesyuarat Perbincangan Meja Bulat Berkaitan Pembangunan Cost Of Living Index (CLI), 15 – 16 April 2022

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan satu Mesyuarat Perbincangan Meja Bulat berkaitan Pembangunan Cost of Living Index (CLI) pada 15 dan 16 April 2022 yang bertempat di Hotel Impiana, Kuala Lumpur.

 Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai kerangka strategik serta hala tuju yang sesuai untuk pembangunan satu indeks sebagai petunjuk atau indikator kos sara hidup di Malaysia. Pembangunan CLI diharap akan dapat dijadikan sebagai rujukan rasmi kerajaan serta pihak berkepentingan sama ada dalam penentuan dasar dan polisi, faktor penetapan harga barangan dan perkhidmatan serta rujukan utama dalam menetapkan kaedah pemberian bantuan. Ini sekaligus dapat menangani isu kos sara hidup rakyat berasaskan data.
 
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YBhg. Tuan Azman Mohd Yusof dan turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), Professor Emeritus Datuk Norma Mansor dan Timbalan Pengarah, Puan Nik Noor Ainoon Nik Osman.