Program Jalinan Masyarakat Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), 30 November 2021

Program Jalinan Masyarakat Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC)

30 November 2021

Program Jalinan Masyarakat ini merupakan aktivit tahunan yang didadakan oleh SWRC. Bagi tahun 2021, program yang bertemakan “Lindung Diri, Lindung Keluarga: Memahami Perlindungan Sosial Dalam Menghadapi Sebarang Kemungkinan” telah diadakan pada 30 November 2021 dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan mencarum kepada KWSP dan PERKESO. Pihak SWRC menjemput Puan Jurizan Abdullah daripada KWSP dan Encik Khairullah Mahfud daripada PERKESO untuk memberikan ceramah berkaitan kepentingan perlindungan sosial.

 

 

Copyright © Universiti Malaya Kuala Lumpur. All Rights Reserved.