Sesi Kunjungan Hormat ke Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 12 April 2022
Pada 12 April 2022, satu sesi kunjungan hormat daripada Pusat Penyelidikan dan Kesejahteraan Sosial (SWRC) ke Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah dijalankan. Sesi kunjungan hormat ini juga turut disertai wakil daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).