Kemasukan pekerja asing adalah penting bagi perkembangan ekonomi Malaysia, namun ia juga berpotensi menimbulkan isu seperti pengangguran dan kadar gaji yang rendah. Bermula Julai 2024, pekerja asing diwajibkan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lantas mendapat perlindungan sosial. Dalam artikel terkini di Berita Harian, felo penyelidik kanan SWRC Dr Zulkiply Omar menyatakan bahawa langkah ini dijangka dapat menjana tambahan tabungan sebanyak RM6 bilion, meningkatkan pelaburan domestik, mengurangkan aliran keluar wang, dan seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan. Baca dengan lebih lanjut di: