• Welcome to SOCIAL WELLBEING RESEARCH CENTRE (SWRC)
  • swrc@um.edu.my
  • +60 3-7967 3615
logo
logo

Isi Penting LINDUNG 24 Jam

Beberapa perkara utama berkaitan pelaksanaan LINDUNG 24 Jam yang perlu difahami berdasarkan fakta dan tujuan sebenar skim keselamatan sosial ini.

Kerangka Unik

Berbeza dengan insurans komersial, skim ini beroperasi sebagai satu sistem keselamatan sosial. Caruman dikumpulkan dalam sebuah dana bersama untuk membiayai manfaat kepada pencarum yang layak, dan bukannya berfungsi sebagai simpanan individu yang boleh dikeluarkan atau dipulangkan.

Tujuan dan Manfaat

Skim ini memperluaskan jaringan keselamatan sosial dengan memberikan perlindungan terhadap risiko kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja. Skim ini juga telah mula menyalurkan faedah kepada pencarum yang memenuhi syarat kelayakan.

Peralihan kepada Penyertaan Sukarela

Langkah menjadikan skim ini bersifat sukarela memberikan ruang kepada pekerja untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan, kemampuan dan keadaan masing-masing.

Garis Panduan Pelaksanaan

Kementerian Sumber Manusia bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan mengeluarkan garis panduan pelaksanaan yang memperincikan hak pekerja serta tanggungjawab majikan di bawah struktur baharu skim ini.

Baca artikel penuh oleh Profesor Emeritus Datuk Norma Mansor untuk memahami dasar LINDUNG 24 Jam berdasarkan fakta, bukan persepsi.

 Baca Artikel Penuh