Kalangan penggubal dasar perlu menimbang untuk mewujudkan satu skim pencen sosial yang universal berikutan kebimbangan bahawa rakyat Malaysia tidak memiliki simpanan secukupnya untuk menampung tempoh persaraan mereka.
Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial (SSRC) Universiti Malaya, Profesor Datuk Norma Mansor berkata ini terutamanya ketara bagi golongan pekerja berpendapatan rendah yang kekurangan wang bagi persaraan biarpun membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepanjang usia bekerja .. read more