Kuala Lumpur, 16 Disember 2022, satu majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara Universiti Malaya (UM) dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah diadakan pada petang ini bertempat di Bangunan Asian Institute of Chartered Bankers (AICB). Tempoh bagi MoU tersebut ialah selama 5 tahun. UM telah diwakili oleh Profesor Emeritus Datuk Norma Mansor, Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) untuk menandatangani MoU tersebut. Kerjasama tersebut dilaksanakan adalah berfokuskan pada projek penyelidikan dan aktiviti/program yang berkaitan dengan bidang “Financial Literacy”. Pada majlis tersebut, turut diadakan Talk Show “THE INSIGHT” Episode 3 yang mana Profesor Emeritus Datuk Norma Mansor telah dijemput sebagai ahli panel bagi forum yang bertajuk “Ageing Nation : Is Malaysia Ready?”.



