Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial (SSRC) dengan kerjasama Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah menganjurkan Seminar Pengurusan Kewangan Peribadi di Universiti Malaya.
Objektif Program ini adalah:
- Untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan kewangan yang penting sebelum memasuki alam pekerjaan.
- Untuk memberi pendedahan cara perbelanjaan dan simpanan yang betul.
- Untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu penuaan dan persaraan
- Untuk memberikan pendidikan holistik tentang persaraan kepada peserta mengenai keperluan merancang awal dan mengurus pembiayaan persaraan.