• Welcome to SOCIAL WELLBEING RESEARCH CENTRE (SWRC)
  • swrc@um.edu.my
  • +60 3-7967 3615
logo
logo

Kerajaan disaran melakukan perubahan ke atas sistem persaraan negara bagi memastikan rakyat dapat menjamin kehidupan lebih selesa selepas bersara.

Felo Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya, Dr Zulkiply Omar berkata ketika ini sistem persaraan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai beberapa kelompongan yang menyebabkan pekerja berdepan masalah ketiadaan atau kehabisan simpanan selepas bersara.

Katanya, Malaysia perlu mencontohi sistem persaraan Singapura di mana kerajaan negara itu tidak membenarkan pengeluaran penuh duit Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka, sebaliknya dimasukkan secara bulanan ke dalam akaun pencarum selepas bersara.